Kerajaan diminta segera gubal Undang-undang Antitapisan Perjuangan Palestin: MACSA (IsmaWeb)
BANGI, 5 Syawal 1442H, Isnin – Kerajaan perlu menggubal Undang-undang Antitapisan Perjuangan Palestin yang didakwa dilakukan oleh syarikat gergasi media sosial dunia. Gesaan itu dilakukan oleh Perikatan Masyarakat Sivil dalam Proses Semakan Sejagat (UPR) Malaysia (MACSA) pada Isnin. Dalam satu kenyataan bersama oleh Pengerusi MACSA, Lukman Sheriff Alias; Pengerusi Bersama MACSA, Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mohkhtar dan Pengerusi Yayasan MyAQSA, Suwardi Yaacob, mereka memandang serius terhadap pelbagai aduan bahawa syarikat gergasi rangkaian media sosial seperti Facebook, Twitter dan TikTok telah mengenakan sekatan secara tidak adil, diskriminasi serta sewenang-wenangnya terhadap berita-berita yang menyentuh keadaan rakyat Palestin. Mereka berkata, pelbagai dakwaan telah dibuat ole
Read More