FeaturedMedia

Institusi Raja Mesti Dipelihara – Lukman Sheriff (Samudera)

KUALA LUMPUR, 28 April 2021- “Institusi Raja mesti dipelihara kerana mereka memainkan peranan bukan politik dalam demokrasi dan Perlembagaan negara kita,” kata peguam, Lukman Sheriff Alias.

Menurutnya, perbuatan mencemuh atau menghasut kebencian adalah menyalahi undang-undang dan menunjukkan sikap yang tidak beradab segelintir rakyat Malaysia dan patut dihindar serta diambil tindakan.

“Misalnya ada yang nyata menghasut kebencian pada Raja dan menyeru institusi Raja dihapuskan. Ini adalah kesalahan di bawah Akta Hasutan dan jika disabitkan kesalahan itu mereka boleh dikenakan hukuman denda atau penjara dan mungkin ada lagi peruntukan yang lebih berat, bergantung kepada perbuatan.”

“Cuma saya berpandangan kita kena bezakan kenyataan menentang kerajaan dan YDPA,” katanya.

Ujar Pengerusi Malaysian Alliance of Civil Society Organisations in the Universal Periodic Review Process (MACSA) lagi, jika kenyataan itu ditujukan terhadap kerajaan, beliau berpegang kepada, dalam sebuah demokrasi yang “mature” atau dewasa seperti Malaysia, kritikan ke atas kerajaan harus dibenarkan.

“Kalau mana-mana dakwaan salah, kerajaan ada pelbagai sumber untuk menyangkalnya. Kita tidak perlu mengambil tindakan keras kepada orang awam yang mengkritik kerajaan.”

“Tetapi, kritikan ke atas YDPA berlainan dan mestilah dibuat dengan berhati-hati. Kita boleh kritik tetapi hendaklah menggunakan saluran yang betul dan mengikut tatasusila budaya kita dengan cara yang beradab,” tegasnya.

*Disiarkan dalam Samudera

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *