HRW Promosi Kanak-Kanak Trans: Bukti LGBT Bergerak Ke Fasa Seterusnya – Prof Madya Dr Rafidah Hanim (Samudera)
KUALA LUMPUR, 21 Jun 2021: “Tindakan HRW mula mempromosikan #PRIDE atau LGBT untuk kanak-kanak adalah bukti bahawa mereka bergerak ke fasa seterusnya,” kata Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar, Pensyarah Perubatan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Mengulas lanjut, beliau menyatakan, ribuan anak-anak dan remaja di UK dan US diperdaya untuk mengambil ubat menghalang baligh atau “puberty blocker” kerana mereka ingin menukar jantina. Di UK, ibu bapa terpaksa menubuhkan organisasi bernama Transgender Trend yang membantah garis panduan disediakan oleh pihak pro LGBT bernama Stonewall ke sekolah-sekolah, yang antara lain menyokong dan mempertahankan rawatan mencegah baligh, dalam menyokong anak-anak ini mengubah jantina. Dilaporkan ada anak-ana...
Read More