Isu Palestin Bukan Sahaja Isu Agama, Malah Isu Kemanusiaan Yang Wajar Dijadikan Iktibar – Pertubuhan-Pertubuhan Bukan Kerajaan Islam Sarawak
Sehingga kenyataan media ini ditulis, seramai lebih 7700 orang telah mati di Gaza dan kebanyakannya melibatkan kanak-kanak dan kaum wanita. Pembunuhan beramai-ramai yang didalangi oleh Kerajaan Haram Yahudi, Israel dan didukung oleh Amerika Syarikat saban tahun menjadi topik yang menyayat hati kepada mana-mana individu yang mempunyai perasaan empati dan perikemanusiaan. Pembunuhan jiwa manusia di Gaza dan wilayah diduduki Israel di Tebing Barat bukan sahaja dilihat dari aspek keagamaan malah aspek kemanusiaan yang menjadi tunjang kepada keharmonian sejagat usai Perang Dunia Kedua sejak 80 tahun dahulu. Selama 75 tahun pendudukan Israel di Gaza, masih berbekas kepada orang Islam pembunuhan menyayat hati di Sabra dan Shatilla pada 41 tahun lalu. Kini tumpuan dunia beralih ke Gaza sebuah k...
Read More