FeaturedMedia

SOGIE Tidak Wujud Pada Tahun 1948 – Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar (Samudera)

KUALA LUMPUR, 18 Jun 2021 – “Ketika itu, ketika kita bersetuju untuk UDHR, tidak timbul isu untuk kita terima sexual orientation and gender identity (SOGIE). Waktu tu tak wujud lagi. Orientasi seks dan gender identity tidak wujud tahun 1948,” kata Profesor Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar, Presiden Pertubuhan Ikatan Wanita Antarabangsa bagi Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (WAFIQ). Ujar beliau dalam sesi bual bicara “Perspektif Bersama Bro Firdaus Wong: Hak Asasi Manusia Dari Perspektif Islam” Rabu lalu, Malaysia menerimapakai Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia (UDHR) selepas mendapat kemerdekaan. Pada waktu itu, tidak timbul sebarang isu dengan 30 artikel yang terkandung dalam UDHR. “Malaysia menjadi ahli PBB selepas kita merdeka pada 1957. Jadi bila kita merdeka, kita te

Read More
FeaturedMedia

Penyelidikan Jantina Ketiga: Jangan Tidakkan Hak Asasi Transgender – Pesuruhjaya SUHAKAM (Samudera)

KUALA LUMPUR, 17 Jun 2021 – “Jantina ketiga adalah mereka yang dilahirkan lelaki atau perempuan tetapi mempunyai “jiwa” yang bertentangan dengan fitrahnya.” “Bagi SUHAKAM, kita tak boleh menidakkan hak asasi seseorang itu semata-mata kerana dia dilahirkan sebagai transgender,” kata Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Dato’ Seri Mohd Hishamudin Yunus. Atas sebab ini, bekas hakim Mahkamah Rayuan itu bertegas agar SUHAKAM diberi kebebasan untuk mengkaji keperluan undang-undang khusus bagi mengiktiraf jantina ketiga dalam negara ini walaupun mendapat tentangan. Dakwanya, tiada undang-undang yang mengatakan menjadi seorang transgender adalah salah di sisi undang-undang. “Tidak ada undang-undang atau enakmen negeri mengatakan jika seseorang itu dilahirkan tr

Read More
FeaturedMedia

Kajian Iktiraf Jantina Ketiga: Allah Melaknat Perlakuan Menyerupai Jantina Berlawanan – Prof Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi (Samudera)

KUALA LUMPUR, 16 Jun 2021 – “Usaha pihak SUHAKAM untuk menjalankan kajian untuk mengiktiraf golongan transgender ini adalah bertentangan dengan syariat Islam dan norma budaya di tanah air ini. Dalam Islam, Allah melaknat golongan lelaki yang menyerupai wanita begitu juga sebaliknya,” kata Prof Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi dalam Facebooknya. Tegas beliau, tindakan SUHAKAM yang menawarkan ruang penyelidikan dalam usaha mengiktiraf Gender Ketiga di Malaysia ini sangat menghairankan. Bukan itu sahaja, kajian ini juga dilihat sebagai seakan satu usaha untuk pengiktirafan gender ketiga iaitu golongan transgender yang jelas bertentangan dengan syariat Islam. “Mungkin akan ada yang berkata: “Ini hanyalah sebuah kajian.” Namun pernyataan Dapatan Kajian (Research Outcome and Deliverables) dal

Read More
Media

Jadi negara pertama gubal Undang-undang Anti-Tapisan Perjuangan Palestin (Utusan Malaysia)

PETALING JAYA: Pertubuhan Masyarakat Sivil Malaysia bagi Proses Semakan Berkala Sejagat (Macsa) menyeru kerajaan menjadi negara pertama menggubal Undang-undang Anti-Tapisan (anti-censorship) Perjuangan Palestin supaya pengendali rangkaian media sosial gergasi seperti Facebook, Twitter dan TikTok dipertanggungjawabkan dalam sebarang bentuk sekatan kebebasan bersuara. Macsa dalam satu kenyataan memberitahu, sememangnya pengendali rangkaian berkenaan mempunyai hak untuk menyekat ucapan kebencian tetapi apa yang dimaksudkan mereka itu mestilah diperjelaskan. Menurutnya, sebarang sekatan bersuara mestilah dilaksanakan dengan adil dan telus dan bukan sewenang-wenang serta mengenakan denda yang setimpal terhadap mana-mana syarikat rangkaian sosial gergasi yang melanggar undang-undang be

Read More
Media

Malaysia perlu gubal undang-undang ‘Anti-Tapisan Perjuangan Palestin’ (Sinar Harian)

SHAH ALAM – Perikatan Masyarakat Sivil dalam Proses Semakan Sejagat (UPR) Malaysia (MACSA) menggesa kerajaan menggubal Undang-undang Menghalang Sekatan Penyebaran Perjuangan Palestin didakwa dilakukan oleh syarikat gergasi media sosial dunia. Perkara itu ditegaskan dalam satu kenyataan bersama oleh Pengerusi MACSA, Lukman Sheriff Alias; Pengerusi Bersama MACSA, Profesor Madya Dr. Rafidah Hanim Mokhtar; dan Pengerusi Yayasan MyAQSA, Suwardi Yaacob pada Isnin. Menurut mereka, MACSA memandang serius terhadap pelbagai aduan bahawa syarikat gergasi rangkaian media sosial seperti Facebook, Twitter dan TikTok telah mengenakan sekatan secara tidak adil, diskriminasi dan sewenang-wenangnya, terhadap berita-berita yang menyentuh keadaan rakyat Palestin. “Pelbagai dakwaan telah dibuat oleh r

Read More
FeaturedMedia

Kerajaan diminta segera gubal Undang-undang Antitapisan Perjuangan Palestin: MACSA (IsmaWeb)

BANGI, 5 Syawal 1442H, Isnin – Kerajaan perlu menggubal Undang-undang Antitapisan Perjuangan Palestin yang didakwa dilakukan oleh syarikat gergasi media sosial dunia. Gesaan itu dilakukan oleh Perikatan Masyarakat Sivil dalam Proses Semakan Sejagat (UPR) Malaysia (MACSA) pada Isnin. Dalam satu kenyataan bersama oleh Pengerusi MACSA, Lukman Sheriff Alias; Pengerusi Bersama MACSA, Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mohkhtar dan Pengerusi Yayasan MyAQSA, Suwardi Yaacob, mereka memandang serius terhadap pelbagai aduan bahawa syarikat gergasi rangkaian media sosial seperti Facebook, Twitter dan TikTok telah mengenakan sekatan secara tidak adil, diskriminasi serta sewenang-wenangnya terhadap berita-berita yang menyentuh keadaan rakyat Palestin. Mereka berkata, pelbagai dakwaan telah dibuat ole

Read More
FeaturedMedia

Institusi Raja Mesti Dipelihara – Lukman Sheriff (Samudera)

KUALA LUMPUR, 28 April 2021- “Institusi Raja mesti dipelihara kerana mereka memainkan peranan bukan politik dalam demokrasi dan Perlembagaan negara kita,” kata peguam, Lukman Sheriff Alias. Menurutnya, perbuatan mencemuh atau menghasut kebencian adalah menyalahi undang-undang dan menunjukkan sikap yang tidak beradab segelintir rakyat Malaysia dan patut dihindar serta diambil tindakan. “Misalnya ada yang nyata menghasut kebencian pada Raja dan menyeru institusi Raja dihapuskan. Ini adalah kesalahan di bawah Akta Hasutan dan jika disabitkan kesalahan itu mereka boleh dikenakan hukuman denda atau penjara dan mungkin ada lagi peruntukan yang lebih berat, bergantung kepada perbuatan.” “Cuma saya berpandangan kita kena bezakan kenyataan menentang kerajaan dan YDPA,” katanya. Ujar Pen...

Read More
Media

MACSA kutuk serangan ke atas orang Islam berpuasa (Berita Harian)

KUALA LUMPUR: Gabungan Pertubuhan Masyarakat Sivil Malaysia bagi Proses Semakan Berkala Sejagat (MACSA) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan seorang majikan memukul pengawal keselamatan hanya kerana tidak suka mereka berpuasa. MACSA menganggap serangan itu jenayah yang disemarakkan oleh sentimen Islamofobia. MACSA meminta semua rakyat menghormati kedudukan Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan yang mengangkat Islam sebagai agama Persekutuan. "Hormati juga Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak kebebasan beragama untuk semua rakyat Malaysia agar semua dapat beribadah mengikut agama masing-masing dengan aman dan harmoni. "MACSA juga ingin mengingatkan mengenai Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan yang melarang diskriminasi berdasarkan agama," katanya dalam satu kenyataan, ha

Read More
Media

Pinda Akta Pekerjaan 1955 elak diskriminasi berdasar agama, bangsa (Ismaweb)

BANGI, 3 Ramadan 1442H, Khamis – Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Masyarakat Sivil Malaysia bagi Proses Semakan Berkala Sejagat (MACSA) menggesa pindaan menyeluruh dilakukan terhadap Akta Pekerjaan 1955 (Akta 265) bagi memastikan pekerja tidak didiskriminasi atas dasar agama dan bangsa. Pengerusi bersama MACSA, Lukman Sheriff Alias dan Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar dalam satu kenyataan berkata, pihaknya memandang serius insiden Islamofobia di Malaysia yang meningkat kebelakangan ini. Ini termasuk mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas dua pengawal peribadi yang didakwa ditampar, dipukul dan diacukan pistol oleh majikan bukan beragama Islam kerana berpuasa, kelmarin. “Serangan tersebut wajar dikutuk oleh setiap orang yang cintakan keamanan kerana jenayah ini disemarakkan ol

Read More
FeaturedMedia

Proses Normalisasi Pelacuran Telah Bermula – Prof Madya Dr Rafidah Hanim (Samudera)

KUALA LUMPUR, 28 Mac 2021 – “Nampaknya proses normalisasi pelacuran telah bermula,” luah Profesor Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar, Pengerusi Bersama Gabungan Pertubuhan Masyarakat Sivil Malaysia bagi Proses Semakan Berkala Sejagat (MACSA) dengan penuh kesal. “”Hak Asasi Pekerja Seks Wanita”, akhirnya ia tiba di sini.” “Dua hari lalu, saya berdiskusi dengan badan-badan agama dari USA dan Singapura bersama dengan Tuan Lukman Sheriff, Pengerusi MACSA dan beberapa lagi mewakili masyarakat Kristian Malaysia,” kata Prof Madya Dr Rafidah dalam kenyataan Facebooknya. “Kami berbincang mengenai bagaimana maksiat telah menembusi masyarakat menerusi saluran HAK ASASI MANUSIA.” Menurut Prof Madya Dr Rafidah, golongan yang memperjuangkan hak asasi pekerja seks ini selalu menggambarkan pelacur

Read More