Sebelum memberi komen terhadap budget tahunan kepada industri padi dan beras untuk tahun 2021 yang kini sedang dalam proses perdebatan di parlimen, kami mengambil peluang untuk mengucapkan tahniah kepada pihak Menteri yang berusaha menyelesaikan masalah benih padi yang berlaku hampir setiap tahun sejak hampir 3 tahun lalu. Pihak kementerian telah memutuskan untuk melantik Pertumbuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) sebagai pengedar tunggal benih padi subsidi untuk mengelakkan berlakunya kegiatan sorok benih dan eksploitasi harga. Rasionalnya adalah NAFAS ketika ini adalah vendor untuk mengedarkan baja subsidi dan telah ada database yang lengkap setiap Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK). Harga akan dikawal oleh NAFAS dan varieti yang diinginkan petani akan di survey dahulu oleh NAFAS sebelum ...
Read MoreCategory: Views
“CITA-CITA politik tentu wajar saja, selama pandai menginsyafi batasan etika.” – Najwa Shihab Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas sedang berlangsung; khususnya untuk Dewan Rakyat bermula 2 November sehingga 15 Disember 2020. Sudah tentu, rakyat yang cakna dan cintakan sistem demokrasi berparlimen di negara kita akan setia di hadapan set televisyen masing-masing menyaksikan sendiri proses keramat ini. Melihatkan bagaimana persidangan pada 2 November bermula dengan dramatik apabila isu keselamatan dan kesihatan negara berterusan dipolemik dan dipolitikkan dalam Dewan Rakyat, Penulis pasti, yakin dan percaya ribut politik tidak akan pulih dalam masa terdekat. Hal ini jelas apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) mengusulkan agar masa p
Read More“MEDIA adalah entiti paling berkuasa di bumi. Mereka mempunyai kuasa untuk membuat orang yang tidak bersalah bersalah dan yang bersalah tidak bersalah dan itu adalah kuasa. Kerana mereka mengawal minda orang ramai.” - Malcolm X Kemelut Covid-19 yang melanda negara ketika ini langsung tidak membantutkan peranan pengamal media dalam menyebarkan informasi dan berita terkini kepada masyarakat umum. Bahkan, sedang rakyat gusar menempuh kehidupan seharian dalam norma baharu, platform media massa menjadi medan paling ampuh dalam menyebarkan maklumat. Namun, pelbagai kontroversi sengaja direka dan lambakan berita palsu dicipta individu berkepentingan semata-semata inginkan pengikut yang berduyun-duyun dengan capaian yang meluas. Hal ini membimbangkan dek isu yang menjadi fokus utama iaitu penja
Read MoreKITA sering sekali mendengar kisah-kisah pekerja yang ditindas oleh majikan. Antara aduan yang timbul adalah berkenaan dengan kerja lebih masa, cuti materniti serta perlanggaran hak asasi seperti hak beragama dalam kalangan pekerja. Lalu, timbul persoalan bagaimanakah undang-undang boleh menjadikan majikan seseorang yang beretika dalam menjamin hak-hak pekerja? Hubungan majikan dan pekerja boleh wujud dalam pelbagai bentuk. Antaranya melalui kontrak pekerjaan. Walau bagaimanapun, kontrak pekerjaan bukanlah satu bentuk kontrak yang lazim kita amalkan. Ini memandangkan ada saja majikan yang enggan memeterai kontrak pekerjaan kerana tidak boleh mempunyai terma yang lebih rendah daripada piawaian dalam peruntukkan Akta Kerja 1955 [Akta 265]. Akta 265 secara ideal bertujuan untuk melindun...
Read MoreMASALAH gangguan seksual di pejabat merupakan satu isu yang kerap dibincangkan di media sosial dan sering dijadikan polemik terutama dalam kalangan pekerja wanita tanpa mengira jenis pekerjaan dan kedudukan mereka di sesuatu tempat kerja. Berikutan perbincangan hangat mengenai perkara ini sejak berdekad lamanya, Pertubuhan Ikatan Wanita Antarabangsa bagi Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (WAFIQ) pada 2018 telah menjalankan satu kajian tentang Amalan Diskriminasi dan Gangguan Seksual di Kalangan Wanita Bekerja di Malaysia dan mendapati sebanyak 73.2% responden mengakui mereka mengalami gangguan seksual lebih dari sekali dari rakan sekerja atau majikan/penyelia. Peratusan yang tinggi ini menjadi indikator bahawa masih wujud sesetengah pekerja atau majikan yang tidak mahu tunduk pa...
Read MoreMACSA diwakili oleh saudara Azam Asri dan Akbar Abd Rahman telah menghadiri taklimat yang dikelola oleh gerakan Bantah TPPA berkenaan ‘Comprehensive and Progressive Agreement for Trans-Pacific Partnership’ (“CPTPP”). Lima tahun lepas, perjanjian ‘Trans Pacific Partnership Agreement’ (“TPPA”) telah membuka mata ramai pihak berkenaan perjanjian yang akan merugikan Malaysia. Seperti TPPA, CPTPP mempunyai perjanjian yang sama kecuali 22 peruntukan telah digantung kerana negara USA telah keluar dari pakatan ini. CPTPP akan memberikan impak yang sangat besar kepada negara dalam pelbagai aspek terutamanya dari segi peluang ekonomi kepada pemain tempatan dan kedaulatan undang-undang negara. Secara ringkasnya, perjanjian ini membuka pintu perdagangan pasaran bebas atau “free-trade” antara...
Read MoreTIADA istilah rogol dalam perkahwinan pada dasarnya. Definisi rogol telah dijelaskan secara tuntas dalam Seksyen 375 Kanun Keseksaan [Akta 574], manakala Seksyen 375A memperincikan kesalahan jenayah suami terhadap isteri berkaitan hubungan seksual. Polemik timbul apabila ada pihak yang menggambarkan seolah-olah Islam membenarkan rogol dalam perkahwinan. Ini berpunca daripada salah faham dan salah tafsir dalam menilai hadith pada teks dan bukan pada konteks sebenar. Rata-ratanya hadith ini didendangkan di meja-meja penceramah masjid dan surau oleh orang yang tidak berkelayakan dalam bidang hadith dan usul fiqh. Sedangkan Surah al Nisa 4:19 menyebut “…Dan bergaulah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu) dengan cara yang baik”, bahkan hadith sahih daripada Saidatina ‘Aisyah R.A, dalam ...
Read MoreConsent for sex out of wedlock a false premise in sexual reproductive rights — Assoc. Prof. Dr. Rafidah Hanim Mokhtar
We would like to respond to the statement by the Federation of Reproductive Health Associations Malaysia published in your website. Let us speak plainly and clearly as the above mentioned consensus statement is heavily loaded with jargon and at times unclear and contradictory. Adolescents and school children must be taught right from wrong. We teach them that certain actions are wrong. For example, stealing is wrong, harming others is wrong, engaging in corruption is wrong, polluting the environment is wrong. Similarly, having sex out of wedlock is also wrong. We cannot let our formal education system frame sex out of wedlock as a valid lifestyle choice which is ‘acceptable’ as long as condoms are used and ‘consent’ is obtained. Adolescents may subliminally think it is acceptable
Read MoreGANGGUAN seksual di tempat kerja merupakan salah satu bentuk diskriminasi yang memberikan kesan kepada persekitaran kerja dan dalam pekerjaan. Isu ini adalah suatu isu antarabangsa dan bukan hanya terbatas kepada Malaysia semata-mata. Namun isu ini kembali meletus apabila terdapat liputan akhbar yang menyeluruh berkenaan dengan isu gangguan seksual yang dialami oleh seorang doktor pelatih selain aduan gangguan seksual di firma guaman terhadap Pelatih Dalam kamar. Terbaru keputusan Mahkamah Perusahaan dalam kes Loganathan Maniam v Murphy Sarawak Oil Co. Ltd pula menyerlahkan lagi isu ini dalam perbincangan di peringkat tempatan. Kes Loganathan ini memberikan satu penanda aras tentang tingkah laku gangguan seksual terhadap pekerja oleh pegawai atasan. Gangguan seksual tidak hanya t
Read MoreTiada Kemakmuran Bersama dalam Rantaian Industri Getah Jika Pekebun Kecil dan Penoreh Diabaikan – Nurfitri Amir Muhammad
Saya ingin mencetuskan diskusi awam dan akademik berkenaan mengapa kekayaan Industri ini tidak dinikmati dengan adil oleh pengeluar bahan mentah sedangkan eksport produk getah kita sangat tinggi dan maju. Ayah saya seorang penoreh getah sambilan selepas bersara, beliau banyak memberi info harga getah dalam peringkat lokal. Saya juga ada berbincang dengan salah seorang ahli Majlis Promosi Export Getah Malaysia (MREPC), seorang Timbalan Pengarah Lembaga Getah Malaysia dan beberapa orang lama dalam industri ini. Kita biasa dengar cerita penoreh yang tidak cukup makan apabila harga getah jatuh sangat rendah sekitar RM1 lebih sahaja, lebih murah dari segelas teh tarik di restoran. Penoreh juga ada yang tidak peka dengan insentif dan peraturan seperti tidak mendapatkan resit bercop dan bernombor...
Read More