Tiada Kemakmuran Bersama dalam Rantaian Industri Getah Jika Pekebun Kecil dan Penoreh Diabaikan – Nurfitri Amir Muhammad
Saya ingin mencetuskan diskusi awam dan akademik berkenaan mengapa kekayaan Industri ini tidak dinikmati dengan adil oleh pengeluar bahan mentah sedangkan eksport produk getah kita sangat tinggi dan maju. Ayah saya seorang penoreh getah sambilan selepas bersara, beliau banyak memberi info harga getah dalam peringkat lokal. Saya juga ada berbincang dengan salah seorang ahli Majlis Promosi Export Getah Malaysia (MREPC), seorang Timbalan Pengarah Lembaga Getah Malaysia dan beberapa orang lama dalam industri ini. Kita biasa dengar cerita penoreh yang tidak cukup makan apabila harga getah jatuh sangat rendah sekitar RM1 lebih sahaja, lebih murah dari segelas teh tarik di restoran. Penoreh juga ada yang tidak peka dengan insentif dan peraturan seperti tidak mendapatkan resit bercop dan bernombor...
Read More