Author Posts
Media

Macsa prihatin terhadap perkembangan anti-Islam di Perancis, mengatakan Islamofobia tidak dilindungi oleh hak asasi manusia (BeritaKini)

KUALA LUMPUR, 31 Okt – Perikatan Pertubuhan Masyarakat Awam Malaysia (Macsa) telah menyatakan kebimbangan mengenai perkembangan anti-Islam di Perancis. Ia mengatakan tindakan di Perancis berikutan pemenggalan seorang guru sekolah di Paris dan seorang wanita lain di Nice pada hari Khamis tidak Islamik dan tidak mewakili nilai-nilai Muslim. Dalam satu kenyataan, pengasas Macsa, peguam Lukman Sheriff Alias, mengecam pernyataan Presiden Perancis Emmanuel Macron yang menyalahkan Islam sebagai “agama dalam krisis di seluruh dunia”. “Macsa mengikuti pembukaan kejadian di Perancis dengan sangat prihatin. Cukup buruk bahawa pemerintah Perancis telah membenarkan Charlie Hebdo untuk menimbulkan prasangka dan kebencian terhadap Islam sebagai agama dan terhadap masyarakat Islam yang menganut a...

Read More
Press Statements

Expression of Islamophobia is not protected by human rights

MACSA follows the unrevealing of the incidences in France with great concern. It is bad enough that the Government of France has allowed Charlie Hebdo to incite prejudices and hatred towards Islam as a religion and towards Muslim communities that profess this peaceful religion. To further inflame the gravity of the situation, its President has blunderingly blamed Islam as “a religion in crisis all over the world” while defending Charlie Hebdo’s caricatures that meekly veil hate-speech as freedom of expression. While Universal Declaration of Human Rights 1948 (UDHR) has proclaimed that freedom of speech is enjoyed by all but Article 1 itself stands to promote dignity and rights in the spirit of brotherhood. As such, any expression that undermines dignity and the spirit of brotherhood can...

Read More
Views

Etika Media Tanpa Undang-Undang? – Nur Farihah Meor Mazli

“MEDIA adalah entiti paling berkuasa di bumi. Mereka mempunyai kuasa untuk membuat orang yang tidak bersalah bersalah dan yang bersalah tidak bersalah dan itu adalah kuasa. Kerana mereka mengawal minda orang ramai.” - Malcolm X Kemelut Covid-19 yang melanda negara ketika ini langsung tidak membantutkan peranan pengamal media dalam menyebarkan informasi dan berita terkini kepada masyarakat umum. Bahkan, sedang rakyat gusar menempuh kehidupan seharian dalam norma baharu, platform media massa menjadi medan paling ampuh dalam menyebarkan maklumat. Namun, pelbagai kontroversi sengaja direka dan lambakan berita palsu dicipta individu berkepentingan semata-semata inginkan pengikut yang berduyun-duyun dengan capaian yang meluas. Hal ini membimbangkan dek isu yang menjadi fokus utama iaitu penja

Read More
Views

Pemeliharaan Etika Majikan – Ku Amirul Faiz Ku Seman

KITA sering sekali mendengar kisah-kisah pekerja yang ditindas oleh majikan. Antara aduan yang timbul adalah berkenaan dengan kerja lebih masa, cuti materniti serta perlanggaran hak asasi seperti hak beragama dalam kalangan pekerja. Lalu, timbul persoalan bagaimanakah undang-undang boleh menjadikan majikan seseorang yang beretika dalam menjamin hak-hak pekerja? Hubungan majikan dan pekerja boleh wujud dalam pelbagai bentuk. Antaranya melalui kontrak pekerjaan. Walau bagaimanapun, kontrak pekerjaan bukanlah satu bentuk kontrak yang lazim kita amalkan. Ini memandangkan ada saja majikan yang enggan memeterai kontrak pekerjaan kerana tidak boleh mempunyai terma yang lebih rendah daripada piawaian dalam peruntukkan Akta Kerja 1955 [Akta 265]. Akta 265 secara ideal bertujuan untuk melindun...

Read More
Views

Salah laku seksual dalam arena perundangan – Nur Farihah Meor Mazli

MASALAH gangguan seksual di pejabat merupakan satu isu yang kerap dibincangkan di media sosial dan sering dijadikan polemik terutama dalam kalangan pekerja wanita tanpa mengira jenis pekerjaan dan kedudukan mereka di sesuatu tempat kerja. Berikutan perbincangan hangat mengenai perkara ini sejak berdekad lamanya, Pertubuhan Ikatan Wanita Antarabangsa bagi Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (WAFIQ) pada 2018 telah menjalankan satu kajian tentang Amalan Diskriminasi dan Gangguan Seksual di Kalangan Wanita Bekerja di Malaysia dan mendapati sebanyak 73.2% responden mengakui mereka mengalami gangguan seksual lebih dari sekali dari rakan sekerja atau majikan/penyelia. Peratusan yang tinggi ini menjadi indikator bahawa masih wujud sesetengah pekerja atau majikan yang tidak mahu tunduk pa...

Read More
Views

CPTPP, Perjanjian Yang Merugikan – Akbar Abd Rahman & Azam Asri

MACSA diwakili oleh saudara Azam Asri dan Akbar Abd Rahman telah menghadiri taklimat yang dikelola oleh gerakan Bantah TPPA berkenaan ‘Comprehensive and Progressive Agreement for Trans-Pacific Partnership’ (“CPTPP”). Lima tahun lepas, perjanjian ‘Trans Pacific Partnership Agreement’ (“TPPA”) telah membuka mata ramai pihak berkenaan perjanjian yang akan merugikan Malaysia. Seperti TPPA, CPTPP mempunyai perjanjian yang sama kecuali 22 peruntukan telah digantung kerana negara USA telah keluar dari pakatan ini. CPTPP akan memberikan impak yang sangat besar kepada negara dalam pelbagai aspek terutamanya dari segi peluang ekonomi kepada pemain tempatan dan kedaulatan undang-undang negara. Secara ringkasnya, perjanjian ini membuka pintu perdagangan pasaran bebas atau “free-trade” antara...

Read More
Views

Salah Tafsir Rogol Dalam Perkahwinan – Muhammad Syafiq Mukhtar

TIADA istilah rogol dalam perkahwinan pada dasarnya. Definisi rogol telah dijelaskan secara tuntas dalam Seksyen 375 Kanun Keseksaan [Akta 574], manakala Seksyen 375A memperincikan kesalahan jenayah suami terhadap isteri berkaitan hubungan seksual. Polemik timbul apabila ada pihak yang menggambarkan seolah-olah Islam membenarkan rogol dalam perkahwinan. Ini berpunca daripada salah faham dan salah tafsir dalam menilai hadith pada teks dan bukan pada konteks sebenar. Rata-ratanya hadith ini didendangkan di meja-meja penceramah masjid dan surau oleh orang yang tidak berkelayakan dalam bidang hadith dan usul fiqh. Sedangkan Surah al Nisa 4:19 menyebut “…Dan bergaulah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu) dengan cara yang baik”, bahkan hadith sahih daripada Saidatina ‘Aisyah R.A, dalam ...

Read More
Views

Consent for sex out of wedlock a false premise in sexual reproductive rights — Assoc. Prof. Dr. Rafidah Hanim Mokhtar

We would like to respond to the statement by the Federation of Reproductive Health Associations Malaysia published in your website. Let us speak plainly and clearly as the above mentioned consensus statement is heavily loaded with jargon and at times unclear and contradictory. Adolescents and school children must be taught right from wrong. We teach them that certain actions are wrong. For example, stealing is wrong, harming others is wrong, engaging in corruption is wrong, polluting the environment is wrong. Similarly, having sex out of wedlock is also wrong. We cannot let our formal education system frame sex out of wedlock as a valid lifestyle choice which is ‘acceptable’ as long as condoms are used and ‘consent’ is obtained. Adolescents may subliminally think it is acceptable

Read More
Media

Tempatkan perkhidmatan air di bawah MKN – Pencinta Alam Sekitar (Berita Harian)

KUALA LUMPUR: Kejadian pencemaran sungai yang berulang kali di negara ini dan gangguan bekalan air yang kerap memerlukan dasar yang lebih ketat untuk melindungi sumber air mentah. Pengerusi Pusat Alam Sekitar Global (GEC), Dr K. Kalithasan, berkata sudah tiba masanya bagi kerajaan meletakkan isu bekalan air di bawah naungan Majlis Keselamatan Nasional (MKN) kerana ia adalah sumber penting. Beliau berkata, 97 peratus bekalan air negara datangnya dari sungai. Oleh itu, setiap kali berlakunya gangguan bekalan air akibat pencemaran di sumber air mentah, perkara itu tidak lagi boleh ditafsirkan sebagai agenda kecil yang hanya diperhatikan oleh kerajaan negeri. "Sebenarnya, ia harus dikategorikan sebagai bencana negara," katanya. Kalithasan berkata, pemotongan air akibat pencemara...

Read More
Views

Cukupkah Perlindungan Pekerja daripada Gangguan Seksual? – Ku Amirul Faiz Ku Seman

GANGGUAN seksual di tempat kerja merupakan salah satu bentuk diskriminasi yang memberikan kesan kepada persekitaran kerja dan dalam pekerjaan. Isu ini adalah suatu isu antarabangsa dan bukan hanya terbatas kepada Malaysia semata-mata. Namun isu ini kembali meletus apabila terdapat liputan akhbar yang menyeluruh berkenaan dengan isu gangguan seksual yang dialami oleh seorang doktor pelatih selain aduan gangguan seksual di firma guaman terhadap Pelatih Dalam kamar. Terbaru keputusan Mahkamah Perusahaan dalam kes Loganathan Maniam v Murphy Sarawak Oil Co. Ltd pula menyerlahkan lagi isu ini dalam perbincangan di peringkat tempatan. Kes Loganathan ini memberikan satu penanda aras tentang tingkah laku gangguan seksual terhadap pekerja oleh pegawai atasan. Gangguan seksual tidak hanya t

Read More