FeaturedPress Statements

Penyertaan MACSA di Sesi UPR-4 #MACSA4UPR

GENEVA, 25 JAN – Delegasi Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Masyarakat Sivil Malaysia bagi Proses Semakan Berkala Sejagat (MACSA) telah menghadiri sesi mesyuarat ke-45 Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bertempat di Palais Des Nations, ibu pejabat PBB.Sesi Semakan Berkala Sejagat pusingan ke-4 bagi Malaysia ini telah berlangsung bermula jam 2.30 petang waktu tempatan dan berakhir pada jam 6.30 petang.
Perwakilan Kerajaan Malaysia diketuai oleh Dato’ Bala Chandran Tharman, Timbalan Ketua Setiausaha (KSU), Kementerian Luar Negeri yang membentangkan ringkasan Laporan Negara. Dato’ Bala Chandran Tharman turut mengucapkan penghargaan kepada pihak-pihak yang terlibat sama dalam libat urus di antara kerajaan dan pertubuhan sivil, termasuk MACSA.
Delegasi MACSA yang diketuai oleh Pengerusi Lukman Sheriff Alias terdiri daripada Pengerusi Bersama, Prof. Rafidah Hanim Mokhtar, Prof. Mohd Afandi Saleh, Prof. Madya Dr. Siti Zubaidah Ismail, Wan Roslili Majid, Fatihah Iliani Jamhari, Nur Farihah Meor Mazli, dan Ku Amirul Faiz Ku Seman.
Bagi proses UPR kali keempat ke atas Malaysia ini, MACSA melihat pelbagai cadangan telah diberikan oleh 130 delegasi negara-negara anggota. MACSA melihat masih terdapat syor melibatkan kebebasan dan keterangkuman sosial SOGIE (orientasi seksual, identiti jantina dan ekspresi jantina) selain penekanan untuk mengharamkan amalan FGM. MACSA menegaskan bahawa sebarang syor yang diterima kerajaan haruslah memastikan dasar dan undang-undang negara berlandaskan pasak negara bangsa Malaysia tidak dicemari.
Selain itu, pada 18 Julai 2023, MACSA bersama 13 ahli individu di bawah Gabungan telah menyampaikan Laporan Pihak Berkepentingan dalam proses Semakan Berkala Sejagat (UPR) Pusingan Keempat kepada Pejabat Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OHCHR).
Laporan Gabungan MACSA boleh dimuat turun dengan klik: MACSA – UPR4 FINALIZED.
Laporan Individu ahli gabungan boleh dimuat turun seperti di bawah:
  1. Laporan Individu CENTHRA: UPR4 – CENTHRA
  2. Laporan Individu MRM: UPR4 – MRM COMBINED
  3. Laporan Individu Penggerak Malaysia: UPR4 – PENGGERAK MALAYSIA 3.0
  4. Laporan Individu Natrah: UPR4 – NATRAH COMBINED
  5. Laporan Individu iAware: UPR4 – iAware COMBINED
  6. Laporan Individu iMedik: UPR4 – IMedik 2023
  7. Laporan Individu PPMM: UPR4 – PPMM MALAYSIA
  8. Laporan Individu MyAqsa: UPR4 – MyAqsa COMBINED
  9. Laporan Individu PERTIS: UPR4 – PERTIS COMBINED
  10. Laporan Individu LEX: UPR4 – LEX UPR REPORT
  11. Laporan Individu CONCERN: UPR4 – CONCERN COMBINED
  12. Laporan Individu Jasa Watan: UPR4 – Jasa Watan COMBINED
  13. Laporan Individu WAFIQ: UPR4 – WAFIQ 4.0 COMBINED

Laporan-laporan ini juga boleh dimuat turun melalui Laman OHCHR.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *