Author Posts
FeaturedViews

Pekerja wanita kian terbela – Nur Farihah Meor Mazli

PEMERKASAAN wanita dalam sektor pekerjaan awam dan swasta nyata perlu diperhebatkan kerana ia mampu membaik pulih pembangunan sosial serta produktiviti ekonomi negara pasca pandemik Covid-19. Kajian mendapati peratusan wanita yang berhenti kerja akibat Covid-19 adalah lebih tinggi berbanding lelaki walaupun mereka hanya menyumbang sekitar 39 peratus daripada jumlah pekerja di negara ini. Ramai golongan wanita yang terjejas sumber pendapatan terpaksa mencari pelbagai cara dan usaha alternatif bagi menanggung beban kewangan kendiri di samping tanggungjawab menyara keperluan asas untuk ahli keluarga. Bagai pelangi yang muncul selepas hujan, komitmen kerajaan dalam memastikan keselamatan ekonomi wanita terus terpelihara dapat dilihat melalui pelbagai inisiatif baharu agar wanita kembali bek...

Read More
FeaturedViews

100,000 pekerja gig ditindas – Ku Amirul Faiz Ku Seman

“BERDASARKAN fakta-fakta dalam kes ini, dan khususnya sebagaimana yang ditekankan dalam perenggan 94 sehingga 101 di atas, saya percaya adalah jelas tribunal pekerjaan berhak mendapati bahawa pihak menuntut, yakni pemandu-pemandu, merupakan ‘pekerja’ yang bekerja untuk Uber London di bawah kontrak pekerja dalam definisi statutori”- Penghakiman kes Uber BV & lain-lain v Aslam & lain-lain [2021] UKSC 5. Ini merupakan sebahagian daripada dapatan Mahkamah Agung di United Kingdom yang mengesahkan dapatan terdahulu di peringkat tribunal kerja dan Mahkamah Rayuan, di mana tribunal pekerja telah memutuskan bahawa pihak menuntut merupakan pekerja walaupun tidak digajikan di bawah kontrak pekerjaan untuk Uber London. Mahkamah melihat pemakaian takrifan pekerja seperti dalam ruang l...

Read More
FeaturedViews

Memperkasa hak pekerja, hak institusi keluarga – Fatihah Jamhari

“JANGANLAH kamu membebankan mereka (pekerja), dan jika kamu memberikan tugas kepada mereka, bantulah mereka.” – Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Zar R.A dalam Riwayat al-Bukhari (30). Pada 25 Oktober 2021, Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M.Saravanan, telah membawakan Rang Undang-Undang Kerja (Pindaan) 2021 (RUU DR 1/2021) bagi bacaan kali yang pertama di Dewan Rakyat. Rata-rata banyak pihak yang memberikan pujian kepada garapan kerajaan melalui Rang Undang-Undang ini dalam mengharmonikan peruntukan sedia ada di bawah Akta Kerja 1995 [Akta 265]. Ini termasuklah usaha melestarikan Standard Minimum Pekerjaan menurut Standard Perburuhan antarabangsa. Malah, inilah komitmen yang telahpun diisytiharkan kerajaan sejak 29 Julai 2020 lagi bilamana Timbalan Menteri Sumber Manusia, Tuan Haji

Read More
FeaturedViews

Isteri, hukumlah suami haprak – Fatihah Jamhari

“TANPA wanita takkan ada bangsa manusia. Tanpa bangsa manusia takkan ada yang memuji kebesaranMu. Semua puji-pujian untukMu dimungkinkan hanya oleh titik darah, keringat dan erang kesakitan wanita yang sobek bahagian badannya kerana melahirkan kehidupan.” - Pramoedya Ananta Toer Dalam jagat bumi Malaysia sedang sibuk menguruskan dugaan bencana banjir, tular pula perihal rumah tangga yang berantakan dek kerana ketidakjujuran seorang lelaki sehingga bersenggama dengan wanita yang bukan isterinya. Hampir mati akal saya memikirkan bagaimana seorang suami boleh tergamak mencurangi isteri yang dinikahinya dengan sedar dan tanpa paksaan. Lebih pula membuntukan benak saya apabila memikirkan pengorbanan para isteri yang ditipu, telah sanggup melahirkan zuriat yang dikandungkannya untuk suami. ...

Read More
Views

SUHAKAM perlu corak naratif hak asasi ikut Perlembagaan – Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar

Ketika rakyat mula terdedah dengan wacana hak asasi, penggubalan, sejarah dan falsafahnya, semakin ramai tidak selesa dengan rangka kerja Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM). Suhakam ialah badan berkanun diperbadankan di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 (Akta 597), manakala ahlinya dikenali sebagai pesuruhjaya dilantik Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. Dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini, terdapat beberapa isu membabitkan SUHAKAM menimbulkan keresahan umat Islam. Pertama, dalam laporan tahunan pada 2018 menyatakan pematuhan kepada pengkelasan dua jantina secara tradisi menyebabkan diskriminasi terhadap lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dan pelanggaran hak asasi. Dalam bahasa hak asasi dan dalam konteks M...

Read More
Media

CENTHRA kemuka laporan ke UNHRC (Berita Harian)

KUALA LUMPUR: Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA) akan mengemukakan laporan separuh penggal Semakan Berkala Sejagat (UPR), bagi pusingan ketiga membabitkan Malaysia, bulan ini. CENTHRA berkata, laporan berkenaan akan dikemukakan kepada Jawatankuasa Kerja, Majlis Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) di Geneva, Switzerland. Katanya, kira-kira 21 penyelidik terdiri daripada pakar rujuk dalam kalangan pensyarah universiti tempatan, pengamal undang-undang dan aktivis CENTHRA menyumbangkan idea serta pandangan mengenai kemajuan penyelidikan berkenaan. "Sebanyak 10 tema kajian dibentangkan sebagai ringkasan laporan merangkumi tema Hak Pelarian, Pekerja Migran, Pemerdagangan Manusia, Isu Individu Tanpa Negara, Kebebasan Bersuara, Hak Kanak-ka...

Read More
Media

Pendirian SUHAKAM berkenaan undang-undang murtad mengelirukan (Berita Harian)

KUALA LUMPUR: Pendirian Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) yang menyatakan semua undang-undang murtad syariah sebagai diskriminasi melanggar Perkara 8 Perlembagaan adalah mengelirukan dan disalah tafsir. Justeru, Gabungan Pertubuhan Masyarakat Sivil Malaysia bagi Proses Semakan Berkala Sejagat (MACSA) dan Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) hari ini menzahirkan kebimbangan terhadap badan itu dalam menggunakan tafsiran undang-undang yang tidak konvensional dan memesong dalam mempromosikan hak asasi manusia. SUHAKAM dalam kenyataan pertengahan penggal baru-baru ini menyatakan, "Dengan ketiadaan sebarang pengecualian yang sah dan klasifikasi rasional, SUHAKAM mendapati bahawa undang-undang murtad negeri di Malaysia adalah satu diskriminasi dan lebih berkemungkinan mengganggu ke

Read More
Press Statements

Suhakam Hendaklah Tegakkan Perlembagaan dalam Mempromosi Hak Asasi Manusia

SUHAKAM dalam laporan pertengahan penggal baru-baru ini telah menyatakan bahawa semua Undang-Undang Murtad Syariah sebagai diskriminasi melanggar Perkara 8 perlembagaan kita. Suhakam menyatakan: “Walaupun Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan senyap sama ada kebebasan beragama di Malaysia termasuk kebebasan untuk keluar atau menukar agama, undang-undang Syariah Negeri memperuntukkan bidang kuasa mahkamah Syariah untuk membuat pengisytiharan bahawa seseorang itu bukan lagi Islam dan menjadikan murtad jenayah hanya kepada Muslim dan Muslim di negeri-negeri tertentu. Oleh itu, undang-undang ini mungkin tidak serasi dengan hak seseorang untuk kesamarataan di sisi undang-undang di bawah Fasal 8(1) Perlembagaan Persekutuan, terutamanya apabila kesan berbangkit daripada penukaran agama orang

Read More
Press Statements

Pengiktirafan Gender Ketiga memperlihatkan kecenderungan SUHAKAM mengimport nilai-nilai songsang dari Barat

MACSA melahirkan rasa gusar dengan Laporan Separuh Penggal SUHAKAM bagi Proses Semakan Berkala Sejagat Ke-3 Malaysia. Proses Semakan Berkala Sejagat atau Universal Periodic Review (UPR) adalah proses yang berlangsung setiap 5 tahun sekali bagi menilai tahap pengamalan hak asasi anggota Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu, selaras keputusan Perhimpunan Agung PBB pada 2006. Malaysia telah melalui proses in sebanyak tiga kali. Institusi hak asasi manusia kebangsaan (National Human Rights Institution atau NHRI) seperti SUHAKAM dikehendaki menghantar laporan ke Majlis Hak Asasi bagi tujuan dipertimbangkan semasa proses ini berjalan. Laporan Separuh Penggal NHI akan dihantar terlebih dahulu sementara laporan penuh UPR Ke-4 yang dijangka berlangsung dalam tahun 2024, akan dihantar sekitar Jun 202...

Read More
Views

MACSA in Publications

MACSA's advocacy works have been recognized by many including in the followings: YB Senator Puan Asmak Binti Husin in Parliamentary Debate on 3 September 2018. The Hansard from Dewan Negara can be downloaded here: DN-03092018. YB Senator Datuk Wira Marzuki Bin Yahya in Parliamentary Debate on 5 September 2018. The Hansard from Dewan Negara can be downloaded here: DN-05092018. Resolution to 'Wacana Kesejagatan Ummah 2018' held by Jabatan Mufti Negeri Perak on 6 September 2018. The Resolution can be downloaded here: Resolusi Wacana Kesejagatan Ummah 2018. Report Ministry of Foreign Affairs by Foreign Policy Framework of the New Malaysia: Change in Continuity (2019). The Policy Framework can be downloaded here: Foreign Policy Framework. Sarune Beh, Dr Nurhidayah Abdullah &...

Read More