FeaturedPress Statements

Kenyataan Bersama Bantahan NGO Islam terhadap Penyelidikan ke arah Mengiktiraf Jantina Ketiga oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM)

  1. Kami ingin menyatakan bantahan kami sebagai rakyat Malaysia terhadap tawaran penyelidikan ke arah mengiktiraf jantina ketiga di Malaysia oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) bertajuk “Feasibility of Having Legislation of the Recognition of a Third Gender in Malaysia”.
  2. Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dan individu telah menulis mempertahankan SUHAKAM dengan menggunakan hujah- hujah yang mengelirukan dalam surat mereka bertajuk ‘Menjawab Kecaman Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Terhadap Penyelidikan “Feasibility of Having Legislation of the Recognition of a Third Gender in Malaysia” oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)’ bertarikh 16 haribulan Jun 2021 seperti yang disiarkan oleh portal Free Malaysia Today dan “Menjawab kecaman PAS terhadap penyelidikan gender ketiga oleh SUHAKAM” di Malaysiakini.
  3. Bantahan terhadap pengiktirafan jantina ketiga tidak hanya dibuat oleh Parti Islam-Semalaysia (PAS), malah disertai dan disokong oleh pelbagai pihak. Justeru itu, kami menyeru untuk setiap pihak tanpa mengira NGO, persatuan, parti politik, masyarakat sivil dan individu serta umat Islam secara keseluruhannya bersepadu bangkit menyatakan pendirian mereka dengan tegasnya menolak pencabulan akademik, pembaziran kewangan serta masa yang terbukti bercanggah dengan kehendak perlembagaan, agama dan budaya negara kita.
  4. Ini termasuklah badan gabungan hak asasi Malaysian Alliance of Civil Society Organisations in the UPR Process (MACSA) yang telah pun melancarkan petisyen menggesa SUHAKAM membatalkan kajian tidak bebas ini yang bertentangan dengan nilai-nilai kekeluargaan dan prinsip Islam. Petisyen ini telah mencapai hampir 30 ribu tandatangan dalam tempoh 2 hari.
  5. Kami membidas tuduhan anti ilmu dan anti intelektual yang dikenakan kepada sesiapa yang membantah “kajian” ini kerana para ahli akademia dalam gabungan NGO ini secara jelas mengenalpasti ketidakbebasan penyelidik apabila sebarang hasil atau dapatan kajian mestilah ke arah menyokong objektif yang telah ditetapkan terlebih dahulu oleh SUHAKAM iaitu “to develop comprehensive legislative reforms to set out guidelines for gender recognition for transgender people in Malaysia”.
  6. Kami juga membantah pernyataan NGO menyokong SUHAKAM tersebut yang memetik kaedah fiqh bahawa ‘perubahan hukum berlaku dengan perubahan tempat, masa dan keadaan’ yang nyata dilakukan jauh dari kaedah tafsir yang betul dalam hukum mengenai tasyabbuh. Daripada senarai NGO-NGO yang menyokong SUHAKAM adalah nyata tiada pihak yang berautoriti dalam kaedah fiqh.
  7. Ini bukanlah kali pertama pandangan Sheikh Tantawi dipetik secara tidak bertanggungjawab.
  8. Dalam kes Sally Mursi, perbahasan panjang berhubung perkara ini telah pun dilakukan secara ilmiah oleh Skovgaard-Petersen (1995), M.J. Veneuse (2010) dan M. Alipour (2017). Mereka melaporkan Sheikh Tantawi memberi amaran bahawa pembedahan ini tidak boleh dilakukan hanya kerana kehendak peribadi untuk mengubah jantina. (This operation cannot be granted at the mere wish to change sex with no clear and convincing corporal motives).
  9. Jika tidak, mereka yang melakukan ini akan tergolong dalam golongan yang terlaknat seperti mana yang disebutkan di dalam hadith al-Bukhari. Hadith tersebut menyebutkan:

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ ـ رضى الله عنهما ـ قَالَ لَعَنَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم الْمُخَنَّثِينَ مِنَ الرِّجَالِ، وَالْمُتَرَجِّلاَتِ مِنَ النِّسَاءِ

“Rasulullah melaknat golongan mukhannath (yang menyerupai wanita) dari kalangan lelaki, dan perempuan yang menyerupai lelaki” HR al-Bukhari.

Panduan oleh Sheikh Tantawi dalam melakukan pembedahan mesti diberi perhatian yang mana pembedahan hanya boleh dilakukan bagi menzahirkan organ yang tersembunyi daripada organ lelaki atau wanita serta setelah mendapat pemeriksaan dan nasihat doktor pakar, namun tidak boleh dilakukan secara sewenang-wenangnya hanya kerana kehendak peribadi untuk mengubah jantina.

  1. Seterusnya kes Sari Kartina Binti Abdul Karim yang dikahwinkan oleh Timbalan Mufti Johor, Datuk Syed Alwee Abdullah pada tahun 1975 juga dihujahkan tanpa menjelaskan bahawa Timbalan Mufti pada ketika itu membuat keputusan mengahwinkan Sari Kartina setelah merujuk kepada surat dari Ketua Jabatan Perbidanan dan Pembedahan Universiti Singapura Profesor Dr. S.S. Ratnam bertarikh 5 November 1974 kepada Timbalan Mufti yang menunjukkan terdapat indikasi perubatan yang jelas dalam kes ini.
  2. Kami ingin menegaskan bahawa Perlembagaan dan undang-undang Malaysia sedia ada mesti terus dipertahankan. Undang-undang negara luar tidak sewajarnya diikuti secara membuta tuli tanpa mengambilkira aspek lokaliti setempat.
  3. Harus diingat bahawa negara Pakistan yang dijadikan sandaran dalam kenyataan NGO yang menyokong SUHAKAM tersebut, adalah sebuah negara yang telah menyampaikan kenyataan bagi pihak negara-negara OIC dalam perbincangan panel mengenai ‘diskriminasi dan keganasan berdasarkan orientasi seksual dan identiti jantina’ pada 7 Mac 2012:

‘Ianya mesti diakui bahawa masyarakat antarabangsa bersetuju, seperti termaktub dalam Deklarasi Vienna dan Program Tindakan serta di resolusi UNGA 60/251, bahawa dalam mempertimbangkan isu hak asasi manusia, ciri-ciri khas sebuah negara dan rantau serta pelbagai latar belakang sejarah, budaya dan agama mesti diambil kira. Kelakuan tidak senonoh yang digalakkan di bawah konsep ‘orientasi seksual’ bertentangan dengan asas ajaran pelbagai agama termasuk Islam. Dari perspektif ini, menghalalkan homoseksual dan lain-lain kelakuan seksual peribadi atas nama orientasi seksual sama sekali tidak diterima bagi OIC.’

Negara anggota OIC menganggap bahawa semua orang berhak untuk menikmati hak asasi manusia dan bahawa orientasi seksual tidak wajar diberi status khas dalam hal ini. Bangkangan kami terhadap tanggapan orientasi seksual juga berpunca daripada fakta bahawa ia turut merangkumi normalisasi sosial, dan mungkin mengesahkan perbuatan salah, termasuk pedofilia dan sumbang mahram.’

  1. Masalah keruntuhan institusi keluarga yang menyusul apabila jantina ketiga dibenarkan mestilah diberi perhatian serius, sepertimana situasi yang berlaku di Singapura apabila pihak pendaftar perkahwinan (Registry of Marriages) telah membatalkan perkahwinan-perkahwinan yang pada asalnya didirikan oleh pasangan lelaki dan wanita, namun kemudiannya salah seorang pasangan mengubah jantina lalu menjadikan perkahwinan itu sebagai perkahwinan sama jantina.
  2. Kami ingin memperbetulkan kenyataan Pesuruhjaya SUHAKAM, Hishamudin Yunus sepertimana disiarkan oleh FMT pada tarikh 16 Jun 2021 yang memberi kewajaran SUHAKAM meneruskan kajian atas alasan ‘transgender adalah satu “medical condition” yang tidak dapat dirawat dan membelenggu seseorang itu seumur hidup’. Kenyataan ini tidak hanya bercanggah dengan pendirian terkini World Health Organisations (WHO) yang tidak lagi mengklasifikasikan transgender di bawah ‘mental health condition’ pada tahun 2019, tetapi juga menutup peluang transgender menyelesaikan polemik diri melalui pelbagai kaedah kaunseling dan bimbingan yang ada.
  3. Kami dengan ini mendesak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menghentikan sebarang usaha ke arah pengiktirafan jantina ketiga termasuklah tawaran penyelidikan yang bertujuan jelas ke arah pengiktirafan tersebut. SUHAKAM sebagai sebuah institusi yang ditubuhkan oleh Parlimen Malaysia seharusnya mengambilkira pandangan semua pemegang taruh dalam mengangkat apa-apa isu hak asasi manusia. Usaha ke arah pengiktirafan jantina ketiga akan memberi kesan bukan sahaja kepada segelintir individu tetapi kepada semua rakyat Malaysia serta bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, Rukunegara dan undang-undang Syariah Islam.

Rakyat Malaysia yang ingin menyertai petisyen bantahan MACSA boleh berbuat demikian di sini.

http://chng.it/gWdqThr2

http://chng.it/gWdqThr2

Rujukan:

  1. https://quod.lib.umich.edu/j/jii/4750978.0002.302…
  2. http://wafiq.my/…/benarkah-sheikh-tantawi-haruskan…/

3.https://eresources.nlb.gov.sg/…/beritaharian19751107-1.2.4 fbclid=IwAR2tVjSs7ioZsEQz0EYtM1ggV7MxcaV_rgAk11MoXgEGYDVoHCBKGhE-ny

4.https://www.straitstimes.com/…/rom-voids-marriage…

KENYATAAN DISEDIAKAN OLEH:

Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar

Pengerusi Bersama Malaysian Alliance of Civil Society Organisations in the UPR Process (MACSA)

DISOKONG OLEH NGO-NGO DI BAWAH:

  1. Ability Generate Insan (AGI)
  2. Alam Selangor
  3. Alumni IPT Melaka
  4. Amal Prihatin Negeri Melaka
  5. Annisa Kijal
  6. Association of Muslima for Nurture and Advocacy (AMNA)
  7. Dewan Wanita Majlis Dakwah Negara (MDN)
  8. Gabungan Sekolah Islam Swasta (GASIS)
  9. Gerakan 153
  10. Himpunan Anak Kedah Malaysia (HAKeM)
  11. Ikatan Graduan Melayu Sarawak (IGMS)
  12. Ikatan Guru- Guru Muslim Malaysia (i-Guru)
  13. Ikatan Inspirasi Muslim Malaysia (Inspirasi Muslim)
  14. Ikatan Muslim Prihatin Kebangsaan (IMPAK)
  15. Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
  16. Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslimin Malaysia (I-Medik)
  17. Ikatan Wanita Islam Selangor (EWANIS)
  18. International Association For Women’s Advocacy dan Rights Malaysia (i-AWARE)
  19. International Commpassionate Muslimah-Inspired Welfare Club Malaysia (INSPIRE)
  20. Islamic and Strategic Studies Institute (ISSI)
  21. Kelab Gabungan Muslimah Aktif Air Putih (GAMA)
  22. Kelab Kebajikan Aafiyah Istiqamah
  23. Kelab Kebajikan Kasih Hawa Terengganu
  24. Kelab Kebajikan Muslimah Muda Cukai Kemaman Terengganu (YOUNG MUSLIMAH CARE)
  25. Kelab Kebajikan Wanita Masih Ada Yang Sayang Terengganu (KEMAYANG)
  26. Kelab Kebajikan Wiranita Terengganu (KEKWA)
  27. Kelab Patriotisme Kelantan
  28. Kelab Penggiat Media Sosial Wanita Inspirasi Terengganu (MASWIN)
  29. Kelab Seni Budaya dan Sukan (KSBS)
  30. Kelab Sosial dan Kebajikan Cakna Puncak Alam ( iCARE)
  31. Kelab Sukarelawan MOSWA
  32. Kelab Sukarelawan Sejahtera Terengganu Unggul (RESTU)
  33. Kelab Titian Rohani Pasir Mas ( KETITIR)
  34. Kifahuna Jemaa
  35. Majlis Guru PASTI Pahang
  36. MUAFAKAT
  37. Muhajirah Wafiq
  38. Multiracial Reverted Muslim (MRM)
  39. National Alliance for Justice Malaysia (NAJM)
  40. Nisa’ Dungun
  41. Nisa’ Malaysia
  42. Nisa Selayang
  43. Nisa Shah Alam
  44. Pencinta Sungai
  45. Persatuan Amal Barakah Malaysia
  46. Persatuan Aspirasi Pasir Mas
  47. Persatuan Generasi Prihatin (Gen-P)
  48. Persatuan Graduan UK dan Eire (iPRO)
  49. Persatuan Guru Takmir
  50. Persatuan Hawa Harmoni Seberang Takir, Kuala Nerus, Terengganu
  51. Persatuan Hawa Prihatin Dungun (PERHATIN)
  52. Persatuan Ikatan Rakan Ehsan Tempatan Selangor (ERAT)
  53. Persatuan Insaf Pahang (PIP)
  54. Persatuan Islah Cinta Komuniti Negeri Perak
  55. Persatuan Kebajikan Halwanita Terengganu
  56. Persatuan Kebajikan Jasa Watan Malaysia
  57. Persatuan Kebajikan Kasih Wanita Islam Selangor (PEKASIH)
  58. Persatuan Kebajikan OKU Pendengaran Kawasan Seputeh (PKOPKS)
  59. Persatuan Kebajikan Setia Insani Terengganu
  60. Persatuan Kebajikan Sosial Wanita Islam Terengganu
  61. Persatuan Kebajikan Teman Masyarakat Terengganu
  62. Persatuan Kebajikan Wanita Hulu Selangor (DM Care)
  63. Persatuan Kebajikan Wanita MAWADDAH DUN Buluh Gading
  64. Persatuan Kebajikan Wanita Selayang (PERKAWANIS)
  65. Persatuan Misi Kembara Dakwah
  66. Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM)
  67. Persatuan Pengimarah Muar Johor
  68. Persatuan Sahabat Wanita Ketereh
  69. Persatuan Sinergi Srikandi Aspirasi Kuala Krai
  70. Persatuan Sukarelawan Tun Teja Melaka
  71. Persatuan Sukarelawan Wanita Islam Sarawak (PERWANIS)
  72. Persatuan Ulama Malaysia (PUM)
  73. Persatuan Usahawan Wanita Bumiputra Malaysia
  74. Persatuan Wanita Berdaya Hulu Selangor
  75. Persatuan Wanita Mawwadah Jeli
  76. Persatuan Wanita Prihatin Jeli
  77. Persatuan Wanita Sejahtera Melaka (PWSM)
  78. Persatuan Wanita Sejahtera Negeri Kelantan
  79. Persatuan Wanita Sejahtera Parlimen Padang Besar
  80. Pertubuhan Al-Ihsan Pasir Mas
  81. Pertubuhan Amal Kebajikan dan Perubatan Malaysia (MediCOM)
  82. Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA)
  83. Pertubuhan Amal Wanita Daerah Pokok Sena
  84. Pertubuhan Cakna Kasih Ameerah
  85. Pertubuhan Cinta Pertiwi
  86. Pertubuhan Hal Ehwal Wanita Selangor
  87. Pertubuhan Hawa Harmoni Sejahtera Terengganu (HANEES)
  88. Pertubuhan Hijrah Republique Network
  89. Pertubuhan Ikatan Ilmuwan Nasional
  90. Pertubuhan Kami Prihatin Malaysia
  91. Pertubuhan Kasih Bonda Negeri Sembilan
  92. Pertubuhan Kasih Hawa Negeri Sabah
  93. Pertubuhan Kebajikan Amal Sejagat Malaysia
  94. Pertubuhan Kebajikan An Naafi’ (PEKA)
  95. Pertubuhan Kebajikan Armalah Negeri Johor (KHAULAH)
  96. Pertubuhan Kebajikan At-Tanwiriah Malaysia
  97. Pertubuhan Kebajikan Dan Amal Melaka
  98. Pertubuhan Kebajikan Dan Bakti Ledang
  99. Pertubuhan Kebajikan Darul Insyirah
  100. Pertubuhan Kebajikan Insaniah SRIKANDI Malaysia (SRIKANDI)
  101. Pertubuhan Kebajikan Jasa Watan
  102. Pertubuhan Kebajikan Kembara Hijrah Negeri Johor
  103. Pertubuhan Kebajikan Madrasah Abu Bakar
  104. Pertubuhan Kebajikan Muafakat Bakri
  105. Pertubuhan Kebajikan Muafakat Bakri
  106. Pertubuhan Kebajikan Muda Melaka (YOUTHCARE MELAKA)
  107. Pertubuhan Kebajikan Perundangan Skuad Muslimat Terengganu (MUSLET)
  108. Pertubuhan Kebajikan Pontian (PAKAT)
  109. Pertubuhan Kebajikan Prihatin Skudai, Johor
  110. Pertubuhan Kebajikan Sejahtera (Sejahtera Care)
  111. Pertubuhan Kebajikan Sri Umairah Chetok
  112. Pertubuhan Kebajikan Suri Bakri
  113. Pertubuhan Kebajikan Wanita ERAT Perak
  114. Pertubuhan Kebajikan Warisan Feldawati Malaysia
  115. Pertubuhan Keilmuan Nasional
  116. Pertubuhan Lestari Alam Selangor (Alam Selangor)
  117. Pertubuhan Muslim Profesional (IMProf)
  118. Pertubuhan MyHawa Malaysia
  119. Pertubuhan Nisa’ Kelantan
  120. Pertubuhan Peduli Buruh Wanita Malaysia (PEDULI)
  121. Pertubuhan Peduli dan Prihatin Masyarakat Malaysia
  122. Pertubuhan Pendakwah Darul Ehsan
  123. Pertubuhan Pendokong Sekolah Agama Rakyat Negeri Perak (PPSR)
  124. Pertubuhan Penggerak Masyarakat Malaysia (PENGGERAK MALAYSIA)
  125. Pertubuhan Pondok Pendidikan Dewasa
  126. Pertubuhan Prihatin Harmoni Wanita Melaka
  127. Pertubuhan Prihatin, Johor Bahru, Johor (JB Prihatin)
  128. Pertubuhan SAKEENAH Batu Gajah Perak
  129. Pertubuhan Srikandi Tumpat
  130. Pertubuhan Sukaralewan Aulad Terengganu (PESAT)
  131. Pertubuhan Sukarelawan Bakti Islam Machang (SUBIM)
  132. Pertubuhan Tindakan Keadilan & Hak Asasi (‘ADALAH)
  133. Pertubuhan Wanita Bestari Kelantan
  134. Pertubuhan Wanita Bukit Tuku
  135. Pertubuhan Wanita Cakna Sejahtera (WAJAH)
  136. Pertubuhan Wanita Dinamik Putrajaya
  137. Pertubuhan Wanita Inspirasi Semua WISE
  138. Pertubuhan Wanita Melaka Sejahtera
  139. Pertubuhan Wanita Sejahtera Pasir Mas
  140. Projek Anak Muda Islam – PAMI
  141. Projek Tuisyen Ummah (PROTU)
  142. Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah (PACU)
  143. Raudhatul Huffaz (RH)
  144. Sahabat Alam Sejahtera Malaysia
  145. Sahabat Mesra Pontian
  146. Sahabat Muslimah Saidatina Aisyah
  147. Sahabat Perihatin Tanjung Piai
  148. Sekretariat NGOi Komuniti Hijrah
  149. Tagupi Membaca
  150. The International Women’s Alliance for Family Institution and Quality Education (WAFIQ)
  151. Yayasan Dakwah Malaysia (YADIM)
  152. Yayasan Ihtimam Malaysia (YIM)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *