Press Statements

Terkait Justifikasi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia terhadap Sekatan ke atas Laman Web TV Pertiwi

Majlis Perundingan Melayu (MPM) dan Malaysian Alliance of Civil Society Organisations (MACSA) memandang serius terhadap kenyataan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia pada 18 Ogos 2023 yang cuba memberi justifikasi terhadap sekatan ke atas laman Web TV Pertiwi.

MPM dan MACSA senada dengan kenyataan Presiden Persatuan Kewartawanan Multimedia Malaysia bahawa pihak berkuasa perlu memastikan pengamal media di negara ini diberi kebebasan dalam menjalankan tugas dengan berlandaskan etika kewartawanan sedia ada, selaras dengan jaminan dan dasar Kerajaan Perpaduan dan jaminan yang diberikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kebebasan media kepada pengamal media di negara ini.

MPM dan MACSA berpendapat, kerajaan tidak boleh menyekat kebebasan bersuara terutamanya suara dari Melayu Muslim kerana ia hanya akan menyebabkan mereka akan lebih menyisih dari kerajaan.

Dakwaan bahawa laman web disekat kerana wujud artikel atau posting berunsur  provokasi atau maklumat kurang tepat adalah terlalu umum/ arbitrari. MPM dan MASCA difahamkan juga bahawa sekatan dibuat tanpa mengikut proses undang2 yang wajar (due process), di mana sekatan dilakukan secara tiba-tiba tanpa pengendali web diberitahu posting atau artikel mana yang salah.

MPM dan MACSA berpandangan kita sudahpun mempunyai batasan undang-undang untuk menyekat hasutan bawah Akta Hasutan. Akta ini yang wajar digunakan oleh kerajaan untuk mengawalselia sesebuah entiti penerbitan dengan mengemukakan bukti-bukti yang konsisten dan jelas. Tetapi jika tidak mencukupi syarat untuk mendakwa dibawahnya, maka semua ekspresi media mestilah dibenarkan kerana ini satu kebebasan bersuara yang dilindungi perlembagaan.

 

KENYATAAN BERSAMA:

Datuk Dr Hasan Mad
Setiausaha Agung, Majlis Perundingan Melayu

Prof Dr Rafidah Hanim Mokhtar
Pengerusi Bersama MACSA

Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Masyarakat Sivil Malaysia bagi Proses Semakan Berkala Sejagat (MACSA) ialah badan gabungan pertubuhan-pertubuhan sivil Malaysia yang diwujudkan bagi tujuan memantau dan memberi kesedaran kepada masyarakat tentang isu-isu hak asasi manusia di Malaysia bagi tujuan Proses Semakan Berkala.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *