FeaturedMedia

Usul naikkan bantuan JKM munasabah (Berita Harian 31 Ogos 2020)

KUALA LUMPUR: Syor menaikkan bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada RM1,000 sangat berasas khususnya bagi masyarakat miskin bandar. Presiden Pertubuhan Pembangunan dan Inovasi Wanita Malaysia (WADI Malaysia), Sukmamurni Abdul Manaf, berkata usul Perdana Menteri itu sangat dialu-alukan kerana ia sejajar kenaikan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) pada Julai lalu. "Umum mengetahui kadar bantuan JKM sedia ada adalah sangat tidak munasabah terutama bagi penerima yang menetap di bandar. "Keputusan ini sangat dialu-alukan kerana ia seiring dengan pengumuman PGK dari RM980 yang dinaikkan kepada RM2,208. "Ini menunjukkan iltizam politik daripada pemimpin untuk membuat keputusan yang sukar tetapi mustahak," katanya ketika dihubungi BH, di sini, hari ini. Sukmamurni

Read More