TERJEMAHAN Setiap tahun, tarikh ini diraikan sebagai Hari Orang Kurang Upaya Antarabangsa bagi memperingati perjuangan memartabatkan hak asasi orang kurang upaya (OKU). Meskipun Kerajaan Malaysia terus menzahirkan komitmen untuk menyantuni golongan rentan OKU, namun masih jauh perjalanan negara dalam memastikan OKU diberikan hak sewajarnya. Malaysia telahpun menandatangani Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Hak Orang Kurang Upaya (CRPD) pada 8 April 2008 dan meratifikasi CRPD pada 19 Julai 2010. Peruntukan dan semangat CRPD telah digubal ke dalam perundangan negara melalui Akta Orang Kurang Upaya 2008 [Akta 685] yang diwartakan pada 24 Januari 2008. Peruntukan Akta 685 mentakrifkan OKU sebagai ‘mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, inte...
Read More