Insiden prejudis atau kebencian berlandaskan sentimen Islamophobia semakin merawak dalam masyarakat dunia dan Malaysia tidak terkecuali. Ini terbukti dengan penahanan dan pertuduhan terhadap beberapa individu yang tidak segan untuk mengeji atau menghina agama Islam, umat Islam mahupun figura Islam sejak kebelakangan ini. Islamophobia telah ditakrifkan oleh Majlis Eropah sebagai ‘ketakutan atau pandangan prejudis terhadap Islam, umat Islam dan hal-hal berkaitan dengan Islam.’ Majlis Eropah turut mengklasifikasikan Islamophobia, sama ada dimanifestasi dalam bentuk bentuk diskriminasi harian atau dalam bentuk yang lebih ganas, sebagai pelanggaran hak asasi manusia dan ancaman terhadap perpaduan sosial. Mantan Perdana Menteri Malaysia telah mengulas bahawa propaganda anti-Islam, termasuk...
Read More