Pada hari ini kerajaan Malaysia telah mengumumkan pelancaran Pelan Tindakan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (NHRAP). Malaysian Alliance of Civil Society Organisations in the UPR Process atau Gabungan Organisasi Masyarakat Sivil Dalam Proses Semakan Sejagat (MACSA) mengambil peluang ini untuk merakamkan penghargaan serta memuji kesungguhan dan komitmen Kerajaan dalam membela, menghormati dan mempromosikan hak asasi manusia di peringkat kebangsaan. MACSA berharap NHRAP ini akan dimanfaatkan seoptimum mungkin untuk memajukan bukan saja takat pematuhan hak asasi manusia di Malaysia tetapi juga keseluruhan taraf hidup dan kebajikan rakyat Malaysia. MACSA amat berharap NHRAP ini dijadikan panduan dan rujukan untuk menyelesaikan beberapa isu hak asasi manusia yang jelas wujud dan sering dibangkit...
Read More