Press Statements

Pindaan Anti-Diskriminasi Dalam Akta Kerja 1955 Suatu Usaha Baik

Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Masyarakat Sivil Malaysia bagi Proses Semakan Berkala Sejagat (MACSA) mengalu-alukan dan menyokong kenyataan oleh Kementerian Sumber Manusia bertarikh 13 Januari 2018, bahawa Akta Kerja 1955 akan dipinda bagi menangani diskriminasi di tempat kerja. Hal ini berikutan isu larangan pemakaian tudung yang dikenakan terhadap sesetengah pekerja Muslimah, khususnya oleh majikan di sektor perhotelan di negara ini. Sejak perkara ini mendapat perhatian umum, Perikatan Wanita Antarabangsa Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (WAFIQ), sebagai salah satu pertubuhan dalam gabungan MACSA, telah mengatur pertemuan dengan beberapa orang pekerja hotel yang terlibat dengan larangan ini, bagi mendapatkan gambaran menyeluruh mengenai krisis penafian hak beragama terhada...

Read More