Views

Hormati Program Penghantaran Pulang 1200 Warga Myanmar – PENGGERAK Malaysia

Penggerak Malaysia menerima makluman bahawa Program penghantaran 1200 Warga Myanmar yang ditahan di depot tahanan imigresen tidak termasuk pemegang kad UNHCR dan etnik Rohingya.

Selaku Pertubuhan Hak Asasi Manusia Malaysia, Penggerak Malaysia menghormati dan memandang baik usaha Pihak Kerajaan khususnya Pihak Imigresen di dalam menangani permasalahan pati di Negara kita.

Apatah lagi ketika Negara dilanda pandemik covid19 dan kesesakan yang berlaku di Depot Tahanan Imigresen akan memburukkan lagi keadaan dan nasib Warga Myanmar yang ditahan di sana.

Penghantaran pulang Warga Myanmar ini, kami lihat sebagai satu langkah yang wajar diambil oleh Pihak Kerajaan. Kebijaksanaan Pihak Kerajaan dan Negara diserlahkan dengan tidak melibatkan Warga Myanmar yang diiktiraf oleh UNHCR selaku pemohon suaka dan pelarian yang memegang kad UNHCR serta etnik Rohingya yang tidak mempunyai Negara (stateless) ketika ini.

Penggerak Malaysia yakin bahawa Pihak Imigresen akan memastikan dengan sepenuhnya dan sebenarnya bahawa 1200 orang Warga Myanmar yang dihantar pulang tersebut tidak akan tersilap dan tersalah sehingga terdapat walau seorang pun etnik Rohingya atau pemohon suaka/pelarian UNHCR didalamnya. Ini adalah tanggungjawab Kerajaan dibawah Perlembagaan Negara dan Falsafah Rukun Negara untuk memastikan Maqasid Syariah bagi setiap manusia di Negara ini terbela.

Agama, nyawa, akal, keturunan dan harta adalah 5 Hak Asasi yang ditetapkan Allah SWT untuk dipelihara dan dipertahankan oleh semua Pihak bagi semua manusia. Pastinya Kerajaan Malaysia yang mentaati Falsafah Rukun Negara dan memegang teguh Adat Budaya Bangsa akan bertindak semaksima mungkin di dalam mempertahankan kelima-lima hak insan tersebut demi mencari keredhaan Allah SWT dan kesejahteraan Negara di dunia dan akhirat.

Sekian, Wassalam

MOHD NAZRI SAHAT
Presiden
Penggerak Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *